Friday, 12 September 2014

Pengelasan Tumbuhan

1.Tumbuhan boleh dikelaskan kepada tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga.
2.Tumbuhan berbuga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan
---tumbuhan monokotiledon
---tumbuhan dikotiledon
3.Ciri-ciri tumbuhan monokotiledon adalah:
---menghasilkan biji benih dengan satu kotiledon
---daun dengan urat selari
---akar serabut
---batang tidak berkayu
---bunga dengan ranggi dalam gandaan 3
4.Contoh tumbuhan monokotiledon seperti:
---jagung
---tebu
---padi
---pisang
---kelapa
---kelapa sawit
 ---orkid
gambar contoh tumbuhan monokotiledon

5.Ciri-ciri tumbuhan dikotiledon adalah:
---menghasilkan biji benih dengan dua kotiledon
---daun dengan urat jejala
---akar tunjang
---batang berkayu
---bunga dengan ranggi dalam gandaan 2 atau 5
6.Contoh tumbuhan dikotiledon seperti:
---ros
---bunga raya
---bunga matahari
---durian
---getah
---rambutan
7.Tumbuhan tidak berbunga boleh dibahagikan kepada empat kumpulan
---lumut
---alga
---paku-pakis
---konifer
8.Ciri-ciri lumut adalah:
---boleh didapati di darat di tempat-tempat yang lembap dan teduh.
---mempunyai batang tetapi tiada akar
---daun kecil dan berwarna hijau
---membiak melalui spora
---mempunyai klorofil
9.Ciri-ciri alga adalah:
---boleh didapati di dalam air dan di tempat-tempat yang lembap.
---tiada batang,daun dan akar betul.
---mempunyai klorofil
10.Ciri-ciri paku pakis adalah:
---boleh didapati di darat di tempat-tempat yang lembap dan teduh.
---mempunyai batang,daun dan akar.
---membiak melalui spora
---mempunyai klorofil
11.Ciri-ciri konifer adalah:
---hidup di darat
---mempunyai batang,daun seperti jarum dan akar
---membiak melalui kon
---mempunyai klorofil
                           gambar contoh tumbuhan dikotiledon

8 comments:

  1. thanks becouse it help me to check my answer

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

      Delete
  3. ♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete